FAQ

1) Apakah Cell Wellbeing?

Jawapan: Ia adalah ujian untuk mendapatkan maklumat 9 bio-informasi yang diambil daripada sampel sel (biasanya rambut).

2) Apakah dia bio-informasi?

Jawapan: Maklumat mengenai sistem tubuh anda dari sudut kesan kepada sel-sel tubuh. Terdapat 9 bio-informasi yang akan dikesan oleh ujian Cell Wellbeing.

3) Mengapakah ia penting?

Jawapan: Sel-sel tubuh adalah penentu kesihatan anda yang sebenar. Kerosakan sel-sel tubuh adalah punca pelbagai penyakit kronik seperti kanser, diabetes, strok dan lain-lain.

4) Saya rasa sihat, nak buat jugak ke?

Jawapan: Setiap individu berbeza cara pemakanan dan tindak balas makanan terhadap sistem tubuh. Anda akan lebih jelas bagaimana untuk mengelakan penyakit kronik dan mencapai kesihatan optima sebenar.

5) Macam mana nak laporan Cell Wellbeing ni?

Jawapan: Sesi konsultasi dengan doktor akan membantu anda memahami lebih lagi.

6) Bagaimanakah Cell Wellbeing ni dapat membantu seseorang menghindari penyakit kronik, contohnya diabetes?

Jawapan: Dapatkan e-nota ringkas ini di bawah.

diabetes-ada-ahli-keluarga

8) Siapakah yang akan mengendalikan sesi Cell Wellbeing?

Jawapan: Semua sesi dikendalikan oleh doktor bagi memastikan maklumat-maklumat diberikan adalah tepat.

9) Lama ke sesi ni?

Jawapan: Tak. sekitar 30 minit.

10) Sakit ke bila buat Cell Wellbeing?

Jawapan: Tak sakit. Tiada suntikan, Tiada sampel darah, ujian air kencing, x-ray dan lain-lain. Hanya beberapa helai rambut akan diambil dari kepala atau anggota tubuh lain.

11) Ini kira ujian kesihatan macam hospital ke?

Jawapan:  Cell Wellbeing adalah pemeriksaan kesihatan tapi bukan ujian diagnos penyakit!

12) Adakah doktor-doktor yang menyokong Cell Wellbeing ni?

Jawapan: Advisory Board terdiri daripada 6 orang doktor

13) Kenapa nak kena pakai voucher?

Jawapan: Bagi memastikan hanya laporan Cell Wellbeing adalah yang asli dari Jerman dan bukan rekaan. Cell Wellbeing menggunakan sistem berpusat.

14) Tak ada ke video pasal Cell Wellbeing ni?

Jawapan: Ada. Pergi ke bahagian video

APAKAH UJIAN EPIGENETIK ATAU UJIAN CELL WELLBEING INI?

Ia adalah health screening atau pemeriksaan kesihatan dari Jerman. Hanya dengan menggunakan rambut sebagai sampel ujian. Tiada suntika...